Pada 20.05.2017 (Sabtu) bertempat di Restoran Melayu, Melaka telah diadakan Program FIT Malaysia Peringkat Negeri Melaka 2017. Program anjuran Kementerien Belia dan Sukan (KBS) yang telah dikelolakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mendapat sambutan di mana pelbagai acara diadakan seperti pameran, senamrobik, peralatan sukan, permainan, larian 5 km dan 10 km, berbasikal 10 km dan 30 km serta pelbagai acara yang lain. Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka telah menghantar wakil untuk acara larian 10 km seramai 8 orang dan berbasikal 30 km seramai 18 orang anggota.
""